Resepi Sambal Udang Petai Yang Terbaik

Resepi Sambal Udang Petai Yang Terbaik

 

Sambal adalah sos panas atau pes yang biasanya dibuat daripada campuran pelbagai cabai cili dengan bahan-bahan sekunder seperti pes udang, sos ikan, bawang putih, halia, bawang merah, bawang merah, gula pasir, jus kapur, dan cuka beras atau cuka lain. Sambal adalah perkataan pinjaman bahasa Indonesia dari Indonesia (sambel). Ia berasal dari masakan Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Brunei dan Singapura. Ia juga telah menyebar ke seluruh penduduk Indonesia ke Belanda dan Suriname.

Petai adalah tumbuhan daripada genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Ia mengandungi kacang panjang dan rata yang boleh dimakan dengan biji hijau terang saiz dan bentuk bau badam yang mempunyai bau yang agak pelik, sama seperti, tetapi lebih kuat daripada cendawan shiitake, yang dicirikan oleh beberapa orang sebagai serupa dengan gas asli.

Resepi Sambal Udang Petai Sedap

resepi sambal udang sedap adalah makanan lazim yang dinikmati oleh orang Malaysia dan tidak kira bangsa. Kepada pengemar petai di luar sana, resepi sambal udang kering memang lauk yang sesuai untuk dimakan dengan nasi. Betul tak ?

Untuk tidak membuang masa lagi. Jom kita lihat cara-cara sambal tumis udang petai  dan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sambal udang

Bahan-Bahan Untuk Sambal Udang Petai

  • Udang
  • Petai
  • Cili Kering
  • Belacan
  • Bawang Besar
  • Asam Jawa
  • Garam dan Gula
  • Minyak
Cara-Cara Memasak Sambal Udang Petai
    1. Gunakan lebih kurang segengam cili kering, potong cili kering tersebut menjadi 3 bahagian dan rendamkan cili kering yang siap dipotong tadi kedalam air panas.
    2. Tapis dan asingkan cili keing tersebut dengan biji cili kering.
    3. Masukkan cili kering yang sudah siap ditapis tadi ke dalam tempat pengisar bersama-sama dengan 10 biji bawang kecil yang siap dikupas serta 2 sudu kecil belacan. Belacan digunakan untuk manaikkan lagi aroma sambal tersebut.
    4. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut sehingga hancur. Masa yang diambil mungkin kurang dari 1 minit.
    5. Panaskan kuali dan letak minyak masak.
    6. Setelah minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yg dikisar tadi ke dalam kuali dan gaul.
    7. Masak sehingga warna cili itu menjadi merah pekat.
    8. Masukkan air asam jawa lebih kurang 100ml kedalam kuali dan masukkan sedikit garam untuk penambah rasa.
    9. Gaul bahan-bahan tadi dan masukkan petai. Terpulang berapa banyak petai untuk hendak digunakan. Gaul lagi sekali sehingga petai itu masak.
    10. Masukkan udang kedalam kuali dan gaul seperti biasa sehingga masak.
    11. Dan akhir sekali letak 1 sudu besar gula untuk kurangkan kepedasan sambal. Untuk bagi nampak cantik sikit, potong bawang holland dan tabur di sambal udang petai tadi dan siap untuk dihidangkan.